Azmin, Hishammuddin bergambar, Mukhriz minta jangan buat spekulasi
SHAH ALAM - Perbezaan politik bukan bermakna sesebuah persahabatan berakhir.
Itu mesej disampaikan Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Mukhriz Mahathir di Instagramnya hari ini.
Dalam gambar itu, Mukhriz dilihat bersama Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan bekas Naib Presiden UMNO yang juga Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.
"Jangan berspekulasi #kawanlama #ketepikanpolitik #ikatansiratulrahim," tulisnya.
Hishammuddin dalam balasannya terhadap gambar itu berkata: 'Kawan tetap kawan'.
Gambar itu turut mendapat komen positif daripada pengguna Instagram antaranya zakaria.b.ibrahim yang menulis 'Semoga satu hari nanti Melayu dapat bersatu kembali demi agama dan bangsa kita'.
Sementara itu, kucai1904 berkata: 'Benda boleh berbaik buat apa gaduh'.
_shflmhd181 pula menulis: 'Saya percaya, walaupun sekarang mereka berlainan parti, tetapi persahabatan itu tetap ada. Saling menghormati'.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!