Mayat dua beradik dalam satu bilik
BANTING - Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor, mengesahkan kedua-dua beradik yang maut dalam kebakaran terperangkap di dalam bilik tidur mereka di Kampung Indah di sini pagi tadi.
Pengarah Operasi JBPM negeri, Hafisham Mohd Noor berkata, mayat Nur Salsabila Mohd Fakrul Khair, 16, dan Nur Ain Sumayyah Mohd Fakrul Khair, 13, itu ditemui dalam bilik yang sama oleh anggota penyelamat setelah kebakaran dipadamkan sepenuhnya.
"Kami menerima panggilan kecemasan mengenai kebakaran berkenaan pada jam 2.48 pagi dan dua jentera bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Banting dan KLIA bersama 17 anggota digegaskan ke tempat kejadian.
“Anggota penyelamat mengambil masa selama 15 minit untuk tiba di lokasi kejadian dan mendapati api sedang marak membakar rumah.
"Bagaimanapun kebakaran itu hanya berjaya dipadamkan sepenuhnya selepas 10 minit,” katanya.
Beliau berkata, punca kejadian masih dalam siasatan dan mayat dua adik beradik itu dihantar ke Hospital Banting untuk proses bedah siasat.
ARTIKEL BERKAITAN: Dua beradik maut dalam kebakaran di Banting
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!