Gempa 7.3 magnitud gegar timur Indonesia
JAKARTA - Gempa berkekuatan 7.3 magnitud menggegar Kepulauan Maluku di timur Indonesia hari ini dan turut mencetuskan panik dalam kalangan penduduk, namun tiada amaran tsunami dikeluarkan.
Pusat Pemerhati Geologi Amerika Syarikat (USGS) memaklumkan gempa itu berlaku kira-kira 165 kilometer di selatan barat daya bandar Ternate di wilayah Maluku Utara pada jam 6.28 petang (waktu tempatan) pada kedalaman 10 kilometer.
"Gempa itu agak kuat hingga menyebabkan penduduk keluar larikan diri dari rumah. Ramai yang menunggu di tepi jalan," kata pegawai agensi mitigasi bencana tempatan, Mansur.
Pegawai masih menilai situasi, namun tiada laporan kematian diterima.
Minggu lalu, wilayah itu turut dilanda gempa 6.9 magnitud dan tiada kemusnahan besar dilaporkan. - AFP
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!