Gelaran pertama juara pro antarabangsa buat Iskandar di Rusia
PEMAIN perseorangan lelaki profesional Malaysia, Iskandar Zulkarnain Zainuddin meraih gelaran pertama juara pro antarabangsa selepas memenangi ‘Pertandingan Badminton Cabaran Antarabangsa White Nights’ di St. Petersburg, Rusia, hari ini.
Pemain berusia 28 tahun itu menjadi pro tahun lepas setelah meninggalkan set up kebangsaan, mengatasi Siddharth Pratap Singh, India; menang 21-13 dan 21-16 dalam pertandingan peringkat akhir di Arena Generala Knysha Street, menurut laman web pertandingan itu http://www.russkikh.com/whitenights-2019/.
Terdahulu, beliau menumpaskan rakan sepasukan Siddharth, Yahul Yadav Chittaboina; 21-15 dan 21-18 dalam pusingan pertama dan Camilo Borst, Jerman (21-3 dan 21-8) pada pusingan kedua.
Iskandar, kemudian mengetepikan pemain Austria, Wolfgang Gnedt dengan 21-16 dan 21-16 pada pusingan ketiga, sebelum membenam Misha Zilberman, Israel; 21-9 dan 22-20 pada suku akhir.
Beliau bagaimanapun terpaksa bermain dalam rubber-set menentang Kalle Koljonen, Finland sebelum meraih 21-17, 19-21 dan 21-12 dalam pertemuan separuh akhir. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!