Agong berlepas pulang selepas lawatan khas di Arab Saudi

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ketika perjumpaan ringkas bersama Gabenor Jeddah Putera Mishaal bin Majed bin Abdulaziz (kanan) sebelum berangkat pulang ke tanah air selepas melakukan lawatan khas tiga hari di Arab Saudi di Terminal Diraja, Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdulaziz, hari ini. Foto: Bernama
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ketika perjumpaan ringkas bersama Gabenor Jeddah Putera Mishaal bin Majed bin Abdulaziz (kanan) sebelum berangkat pulang ke tanah air selepas melakukan lawatan khas tiga hari di Arab Saudi di Terminal Diraja, Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdulaziz, hari ini. Foto: Bernama
A
A
A

JEDDAH - [DIKEMASKINI] Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berlepas pulang ke tanah air selepas melakukan lawatan khas tiga hari dengan jayanya di Arab Saudi.

Ketibaan Seri Paduka Baginda disambut oleh Gabenor Jeddah Putera Mishaal bin Majed bin AbdulAziz di Terminal Diraja Lpangan Terbang Antarabangsa Raja Abdulaziz di sini sebelum meneruskan perjumpaan ringkas dan berlepas dengan menaiki sebuah pesawat khas pada pukul 8,00 pagi waktu tempatan, Ahad (1 pagi waktu Malaysia hari ini, Isnin).

Turut mengiringi Seri Paduka Baginda dalam pesawat itu ialah anakanda Baginda, Tengku Amir Nasser, Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah dan Ketua Setiausaha Kementerian Luar, Datuk Seri Muhammad Shahrul Ikram.

Terdahulu pada Ahad, semasa pertemuan dengan Raja Salman Abdulaziz Al-Saud, Sultan Abdullah antara lain menyatakan terima kasih dan berpuas hati dengan lawatan berkenaan.

Lawatan sulung Sultan Abdullah sebagai Yang di-Pertuan Agong adalah atas jemputan Raja Salman sendiri dilihat meningkatkan lagi hubungan baik yang sedia terjalin sejak 1957.

Sultan Abdullah bersama rombongan tiba di Arab Saudi pada Jumaat untuk lawatan khas tiga hari.

Jadual lawatan Seri Paduka Baginda bermula dengan ketibaan Baginda di Madinah, di mana Sultan Abdullah melawat makam Nabi Muhammad S.A.W di Masjid Nabawi dan mengerjakan solah Jumaat sebelum berlepas ke Jeddah pada Sabtu dan mengerjakan Umrah di Makkah pada hari yang sama.

Sementara itu, Saifuddin ketika diminta mengulas mengenai lawatan itu sebelum berlepas pulang bersama Seri Paduka Baginda berkata, tujuan utama lawatan itu ialah bagi mengadakan perjumpaan dengan Raja Salman, yang dilakukan hari ini.

Artikel Berkaitan:

"Dalam pertemuan itu, Agong mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada kerajaan Arab Saudi yang telah memberikan kita begitu banyak keistimewaan, dari segi kuota haji dan Malaysia adalah negara pertama dipilih Arab Saudi menggunakan ‘e-clearance’ yang bermula sejak 2017.

"Ini pertemuan yang sangat simbolik yang meningkatkan hubungan sedia ada antara kedua-dua negara," katanya.- Bernama

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!