Pekerja kontraktor jumpa mayat dalam semak

Penduduk kampung menunjukkan tempat mangsa ditemui terbaring dalam keadaan tidak sedarkan diri dalam ladang kelapa sawit di Felda Jerangau, Dungun.
Penduduk kampung menunjukkan tempat mangsa ditemui terbaring dalam keadaan tidak sedarkan diri dalam ladang kelapa sawit di Felda Jerangau, Dungun.
A
A
A

DUNGUN - Dua pekerja kontraktor yang sedang melakukan kerja mengorek longkang terkejut apabila menjumpai seorang lelaki tidak sedarkan diri dalam semak di ladang kelapa sawit Felda Jerangau, di sini, petang semalam.

Lelaki dipercayai warganegara Indonesia berusia lingkungan 30-an itu ditemukan terbaring tidak sedarkan diri di tepi sebatang anak pokok kelapa sawit kira-kira jam 2 petang.

Kedua-dua pekerja kontraktor terbabit sedang melakukan kerja-kerja menggali longkang di kawasan ladang sawit tersebut.

Pekerja kontraktor berkenaan segera membawa mangsa ke Klinik Kesihatan Jerangau sebelum disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan setibanya di klinik kesihatan berkenaan pada jam 3 petang.

Bagaimanapun, ketika mangsa ditemui, tiada sebarang dokumen pengenalan diri ditemui bersamanya.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah yang mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu berkata, pemeriksaan lanjut terhadap lelaki itu tidak menemui sebarang unsur jenayah.

Menurutnya, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Katanya, mayat lelaki berkenaan kemudian dibawa ke Unit Forensik Hospital Dungun untuk proses bedah siasat bagi mengesahkan punca sebenar kematian.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!