Tawaran ambil alih PLUS belum dibawa ke Parlimen

Baru Bian (tengah) merasmikan Persidangan Konsesi Lebuhraya 2019 di Hotel Lexis tadi.
Baru Bian (tengah) merasmikan Persidangan Konsesi Lebuhraya 2019 di Hotel Lexis tadi.
A
A
A

BAYAN LEPAS - Tawaran pengambilalihan PLUS Malaysia Berhad (PLUS) oleh syarikat Maju Holdings Sdn Bhd masih belum dibincangkan di peringkat Parlimen.

Menteri Kerja Raya, Baru Bian berkata, tawaran itu masih di peringkat kementerian dan belum dipanjangkan ke peringkat seterusnya.

Beliau berkata, kementeriannya sudah menerima kertas tawaran berkenaan namun setakat ini pihaknya masih lagi meneliti tawaran yang dikemukakan sebelum dibawa ke Kabinet.

"Kita sudah terima kertas tawaran dari Maju Holdings dan (kita) akan teliti kesemuanya. Pada masa ini, kita masih dalam rangka meneliti. Selepas selesai, kita akan umumkan melalui media dan akan dikemukakan di Kabinet.

"Setakat ini, tiada syarikat lain secara rasmi yang buat tawaran selain Maju Holdings. Buat masa ini, tawaran masih di peringkat kementerian dan belum dibawa ke Parlimen. Tiada tempoh khusus ditetapkan bagi membincangkan perkara tersebut," katanya pada sidang media selepas merasmikan Persidangan Konsesi Lebuhraya 2019 di Hotel Lexis, di sini hari ini.

Terdahulu sebuah portal melaporkan Maju Holdings Berhad sudah membuat tawaran baharu bagi mengambil alih PLUS.

Menurut laporan itu lagi, ia dikatakan telah disahkan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Tawaran itu bukan kali pertama kerana Maju Holdings sebelum ini pernah membuat tawaran sama dan pernah dikemukakan pada 2017.

Artikel Berkaitan:

Bagaimanapun, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng pada sidang medianya Khamis lalu menjelaskan, kementeriannya menolak tawaran syarikat berkenaan selepas mengambil kira pandangan pemegang saham utama PLUS.

Guan Eng berkata, pemegang saham utama PLUS, Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) tidak bersetuju dengan tawaran pengambilalihan itu.

ARTIKEL BERKAITAN: PLUS tunggu keputusan kerajaan ambil alih konsesi lebuh raya

Khazanah, KWSP tolak Maju Holdings ambil alih PLUS: Guan Eng

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!