Peluang lihat karya agung Leonardo Da Vinci di Balai Seni Lukis
SHAH ALAM - Orang ramai yang ingin menyaksikan karya agung Leonardo da Vinci boleh mengunjungi Pameran Reproduksi Leonardo Da Vinci: Opera Omnia yang dijadual bermula hari ini hingga 15 Ogos 2019.
Pameran tersebut merupakan anjuran Balai Seni Negara (NAG) dengan kerjasama kerajaan Itali akan mempamerkan 17 karya reproduksi berteknologi tinggi dalam pelbagai saiz.
Antara yang bakal dipamerkan ialah La Gioconda, Monna Lisa, The Last Supper, Madona Benois, Cecilia Gallerani dan Bacco.
Leonardo dilahirkan pada tahun 1452 di Anchiano, Tuscany berhampiran sebuah pekan Vinci yang akhirnya menjadi nama gelarannya sehingga kini, pelukis agung ini sebelum itu hanya dikenali sebagai Leonardo atau II Florentine disebabkan tinggal berhampiran Florence.
beliau terkenal sebagai pelukis, pereka dan pemikir tidak menerima sebarang pendidikan formal kecuali membaca, menulis dan mengira namun begitu bakat melukis yang ada dalam dirinya dapat dikesan oleh ayahnya dan ketika berusia 15 tahun Leonardo telah dihantar melukis bersama pelukis terkenal Andrea del Verrocchio di Florence.
Hampir 10 tahun beliau belajar dan mengasah bakat dalam teknik melukis, mengukir dan mempelajari seni mekanikal bersama del Verrocchio.
Sehubungan itu, orang ramai boleh mengunjungi pameran itu di Balai Seni Negara yang terletak di Jalan Temerloh, Kuala Lumpur pada jam 10 pagi hingga 6 petang secara percuma.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!