Tumpahan merkuri di Hospital Raub
RAUB - [DIKEMASKIN] Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Raub mengambil masa kira-kira lima minit membersihkan tumpahan merkuri di Hospital Raub di sini hari ini.
Ketua Zon 3 Pahang, Penguasa Bomba Shahrulnizam Nasir memberitahu, tujuh anggota dan seorang pegawai bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kira-kira jam 1.29 petang.
Menurutnya, tumpahan tersebut berlaku di Makmal Fisioterapi hospital terbabit.
"Tindakan pembersihan melibatkan satu termometer yang pecah di dalam kabinet kayu menggunakan sulfur dan 'spill kit' sehingga selesai sepenuhnya.
"Kita mengambil masa lima minit untuk bersihkan tumpahan tersebut dan pulang selepas segalanya dipastikan selamat," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!