Datuk Bandar ingin rebut jawatan Presiden Taiwan

Han Kuo-yu - Foto Reuters
Han Kuo-yu - Foto Reuters
A
A
A

TAIPEI - Datuk Bandar Kaohsiung, Han Kuo-yu memenangi pemilihan calon parti pembangkang Kuomintang untuk bertanding dalam pilihan raya presiden Taiwan pada Januari 2020.

Menurut laporan Reuters, Han menewaskan empat pesaingnya, termasuk jutawan dan pengasas syarikat Foxconn, Terry Gou.

Han bakal mencabar Presiden Tsai Ing-wen yang akan mempertahankan jawatannya.

Ahli politik itu mencapai populariti di Taiwan selepas memenangi jawatan datuk bandar pada pilihan raya di Kaohsiung November lalu.

"Tiga tahun yang lalu di bawah pemerintahan Tsai Ing-wen telah terlalu mengecewakan.

"Penyokong DPP perlu membuka mata mereka dan berfikir," kata Han kepada pemberita di ibu pejabat KMT di Taipei selepas keputusannya.

Beliau mencetuskan kontroversi selepas pertemuan dengan beberapa pegawai kanan China, termasuk Pengarah Pejabat Perhubungan Kerajaan Rakyat di Hong Kong, Wang Zhimin awal tahun ini.

Pentadbiran Tsai pula kalah dalam pilihan raya kecil akhir tahun lalu, ketika Parti Progresif Demokratik dikritik kerana agenda pembaharuannya dan juga tekanan dari China.

Artikel Berkaitan:

Melalui tinjauan telefon selama tujuh hari kepada lebih lebih 15,000 orang di seluruh Taiwan, Han mendapat sokongan 44.8%, berbanding 27.7% daripada Gou, yang menduduki tempat kedua.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!