Tak adalah buka baju: Saharul Ridzwan
PELAKON, Saharul Ridzwan berkata dia kini dalam proses menyiapkan badan untuk filem aksi pertamanya, Coast Guard.
Menurutnya, ketika ditawarkan untuk berlakon filem berat badannya 90 kilogram.
"Saya perlu turunkan lagi berat badan ke 75 kg. Tapi saya tak ada la buat badan sangat sebab nanti nampak besar tak cantik.
"Saya ada tanya Hairul Azreen, katanya dalam masa lima minggu sahaja badan dah siap. Kalau dia boleh kenapa tidak saya," katanya.
Ketika diusik dengan soalan nakal adakah aktor kacak itu akan membuat aksi buka baju, dia menjawab soalan tersebut sambil tersenyum.
"Tak adalah nak buka baju lepas tu jalan macam pelakon filem Baywatch," katanya.
Sementara itu, Saharul memberitahu, dia masih lagi aktif berlakon cuma perlu berkorban untuk beberapa tawaran drama demi untuk memberi sepenuh tumpuan kepada filemnya.
"Drama ada berbaki lima yang masih belum bersiaran dan kebanyakannya di saluran TV1.
"Mungkin disebabkan itu penonton fikir saya mungkin sudah perlahan dalam industri ini, tapi saya masih juga ada berlakon lagi dan menjalani penggambaran.
"Cuma untuk tahun ini, saya perlu berkorban untuk tolak beberapa tawaran drama bersiri disebabkan ada filem.
"Saya dapat offer bulan Jun dan penggambaran Ogos depan. Jadi saya kena buat persiapan," jelasnya.
Selain Saharul sebagai pelakon utama, antara pelakon utama lain terdiri daripada Emma Maembong dan Julia Farhana.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!