Datuk Nassier Wahab selamat jalani pembedahan kanser gusi
PENYANYI bersuara emas, Datuk Nassier Wahab, 57, telah selamat menjalani pembedahan kanser gusi yang dihidapinya.
Berita ini dikongsi melalui Facebook Yayasan Kebajikan Artis Tanahair.
Pengerusi Yayasan Kebajikan Artis Tanahair (YKAT) Datuk DJ Dave telah menziarahi penyanyi tersebut di kediamannya, Bandar Bukit Raja, Klang, sebentar tadi.
Dalam pertemuan tersebut, Datuk DJ Dave mewakili YKAT turut menyerahkan sumbangan kewangan sebanyak RM1,000 kepada beliau.
YKAT mendapat berita melalui Datuk Nash yang juga salah seorang Pemegang Amanah YKAT bahawa Nassier menghidapi penyakit kanser gusi.
Selepas menjalani pembedahan, keadannya semakin stabil.
Nassier meluahkan rasa terharunya akan keprihatinan YKAT. Beliau turut berharap agar rakan-rakan artis dan peminat-peminat mendoakan kesembuhannya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!