Dua lagi dugong ditemui mati di Krabi
KRABI - Dua lagi dugong ditemui mati di pantai peranginan Krabi, Thailand, semalam sekali gus mencatatkan jumlah kematian meningkat kepada lima ekor dalam tempoh empat bulan.
Bangkok Post melaporkan, Pengarah Pusat Biologi Marin Phuket, Kongkiat Kittiwatanawong berkata, bangkai dugong itu ditemui di perairan antara Koh Pu dan Koh Phi Phi, sementara seekor lagi ditemui terdampar di pantai Hat Samran, Trang.
Difahamkan, dugong yang mati di Krabi itu adalah dugong jantan berukuran 2.3 meter seberat 400 kilogram.
Bangkainya dibawa ke Universiti Teknologi Rajamangala untuk bedah siasat.
Timbalan Dekan Fakulti Perikanan di Universiti Kasetsart, Thon Thamrongnawasawat berpendapat, dugong-dugong itu diburu untuk diambil giginya bagi tujuan perubatan tradisional. - Bangkok Post
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!