PH sedia buka pintu kepada Pas: Mukhriz

Mukhriz
Mukhriz
A
A
A

ALOR SETAR - Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata, Pakatan Harapan (PH) sedia membuka pintu kerjasama kepada Pas untuk menjadi sebahagian daripada komponen mereka demi penyatuan umat Islam di negara ini.

Menurutnya, perkara tersebut adalah satu hal yang baik sekiranya parti berkenaan dapat mempertimbangkannya.

“Dalam masa sekarang tiada guna kata bila kena bersatu tapi masing-masing dengan ego sendiri. Jika ego berlaku maka tidak jadi dengan apa yang disebut-sebut itu (perpaduan). Saya ingat jika Pas dapat pertimbangkan ia satu perkara yang baik.

“Tapi kalau boleh jangan letak syarat macam-macam. Kami sentiasa terbuka dan pihak di sana juga perlu bertoleransi. Kita tidak boleh kata mahu menyatukan umat Islam di negara ini namun pada waktu yang sama menyingkirkan atau menyisihkan kaum-kaum lain sebab negara ini berbilang kaum,” katanya di selepas Perasmian Program Bicara Eksekutif Maqasid Syariah di TH Hotel, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas Naib Presiden Amanah, Datuk Husam Musa yang minta supaya Pas mempertimbangkan tawaran menyertai PH melalui 18 ahli Parlimennya untuk menambah ahli Parlimen Melayu Islam dalam pakatan tersebut.

Semalam, media melaporkan perkara tersebut turut disokong oleh seorang lagi Naib Presiden Amanah, Datuk Mahfuz Omar yang melihat parti itu tidak mempunyai sebarang masalah jika Pas bekerjasama dengan PH walaupun pernah bermusuhan ketika pilihan raya umum lalu.

Katanya, ahli dan pimpinan Pas serta Barisan Nasional (BN) disarankan tidak terlalu memikirkan perbezaan politik sebaliknya fokus berganding bahu dalam menerajui negara ke arah yang lebih baik berbanding pentadbiran terdahulu.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!