Kedah tuan rumah Kejohanan Piala Emas Raja-Raja 2019

Kamarulnizam (enam dari kanan) bersalaman dengan Timbalan Presiden II PBMK, Mohd Nazrulnizam Mohamad Nat selepas selesai perbincangan berhubung pengesahan Kedah sebagai tuan rumah Kejohanan Piala Emas Raja-Raja 2019.
Kamarulnizam (enam dari kanan) bersalaman dengan Timbalan Presiden II PBMK, Mohd Nazrulnizam Mohamad Nat selepas selesai perbincangan berhubung pengesahan Kedah sebagai tuan rumah Kejohanan Piala Emas Raja-Raja 2019.
A
A
A

ALOR SETAR - Persatuan Bola Sepak Melayu Malaysia (PBMM) mengesahkan Kedah sebagai tuan rumah Kejohanan Piala Emas Raja-Raja (PERR) 2019 selepas Persatuan Bola Sepak Melayu Kedah (PBMK) bersedia menerima cadangan tersebut dalam pertemuan semalam.

Pengerusi Pertandingan Piala Agung dan Piala Emas Raja-Raja 2019, Datuk Kamarulnizam Datuk Mohd Sharip berkata, kejohanan berbentuk karnival tersebut akan diadakan di dua venue iaitu di Universiti Utara Malaysia (UUM) Sintok dan Langkawi.

Menurutnya, kejohanan dijadualkan bermula pada 14 sehingga 19 September bagi peringkat kumpulan, 27 September peringkat suku akhir, 29 September separuh akhir dan final pada 12 atau 13 Oktober depan.

"Kedah bersetuju untuk menjadi tuan rumah buat pertama kalinya dalam bentuk karnival. Apa yang menarik pada tahun ini, PBMM telah mengawal had umur iaitu hanya pemain 30 tahun sahaja yang dibenarkan bermain.

"Setiap pasukan perlu ada pemain berusia bawah 21 tahun dan wajib bermain dua orang dalam usaha melahirkan pemain-pemain muda berbakat kepada pasukan kebangsaan," katanya pada sidang media, di sini hari ini.

Sementara itu, Setiausaha Kehormat PBMK, Zainal Aziz Md Zain berkata, pihaknya menghargai penghargaan yang diberikan oleh PBMM dalam memilih Kedah sebagai tuan rumah bagi kejohanan edisi 2019.

Menurutnya, PBMK akan memberikan kerjasama penuh dalam memastikan penganjuran kejohanan tersebut berjalan lancar dan sempurna.

Artikel Berkaitan: