Penumpang risau sikap pemandu
MOHD ASYRAF
A
A
A
CARA pemanduan segelintir pemandu bas ekspres yang tidak mengutamakan keselamatan, sudah tentu menimbulkan rasa cemas penumpang.
Seorang penuntut, Mohd Asyraf Abdullah, 18, menceritakan, sememangnya dia menaiki bas ekspres sama ada untuk pulang ke kampung halaman di Terengganu atau kembali ke tempat belajar.
"Memang selalu nampak pemandu bas ekspres guna telefon bimbit sewaktu memandu. Memang takut kalau tengok keadaan begitu sebab boleh menyebabkan pemandu hilang fokus. Saya risau kalau berlaku kemalangan.
"Selain itu, kecuaian pemandu bas juga meletakkan risiko kepada nyawa penumpang," katanya.
Dalam pada itu, katanya, tidak kurang pula terdapat pemandu-pemandu bas ekspres yang memandu bas dalam keadaan laju hingga mendatangkan ketakutan kepadanya. Namun apakan daya kerana dia terpaksa menaiki bas ekspres untuk ke mana-mana destinasi kerana lebih murah.
Seorang lagi pengguna bas ekspres, Atikah Ibrahim, 24, juga mengakui sering melihat pemandu bas ekspres menggunakan telefon bimbit sewaktu dia menaiki sebuah bas ekspres dari Kuala Lumpur ke Melaka.
"Risau juga kalau lihat pemandu bas menggunakan telefon bimbit tanpa bantuan alat bebas tangan. Nanti pemandu tak boleh fokus dan macam-macam perkara buruk boleh berlaku biarpun hanya dengan sedikit kecuaian," katanya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!