Bersatu pinda perlembaan parti, semua jawatan akan dipertandingkan
PUTRAJAYA - Pindaan terhadap perlembagaan Bersatu akan dibuat bagi membolehkan semua ahli terlibat dalam pemilihan pemimpin parti itu.
Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, dengan pindaan itu semua jawatan juga adalah terbuka untuk dipertandingkan termasuk jawatan tertinggi parti.
Menurutnya, satu mesyuarat khas bagi pindaan itu akan dibuat pada Sabtu ini.
“Pindaan dilakukan, supaya ahli biasa dapat memainkan peranan dalam menentukan jawatankuasa cawangan dan juga bahagian.
“Daripada bahagian, perwakilan akan menentukan pemilihan kepimpinan tertinggi parti,” katanya selepas Mesyuarat Majlis Tertinggi Bersatu di Yayasan Kepimpinan Perdana, di sini hari ini.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!