Polis nafi gambar wanita tular mangsa dikaitkan kes rogol Exco

 Tularan gambar mangsa yang dikaitkan dengan kes rogol membabitkan Exco Perak hari ini.
Tularan gambar mangsa yang dikaitkan dengan kes rogol membabitkan Exco Perak hari ini.
A
A
A

IPOH - Polis Perak menafikan gambar seorang wanita yang tular di media sosial hari ini, adalah mangsa yang dikaitkan dengan kes rogol membabitkan Exco Kerajaan Negeri.

Ketua Polis Perak, Datuk Razarudin Husain berkata, beliau meminta orang ramai tidak mempercayai tularan gambar palsu yang dikatakan pembantu rumah warga Indonesia tersebut.

Menurutnya, hanya pegawai penyiasat yang mengenali mangsa dan mengakui tidak pernah melihat wanita tersebut.

“Saya pun tak tengok mangsa. Pegawai penyiasat yang kenal mangsa. Ini bukan mangsa," katanya ketika dihubungi di sini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas penularan gambar seorang wanita yang dikatakan mangsa rogol Exco terbabit.

Gambar wanita berkenaan diletakkan bersebelahan dengan Exco Kerajaan Negeri, Paul Yong Choo Kiong.

Dikatakan Menteri Luar Negara Indonesia telah mengeluarkan gambar mangsa rogol dan menggesa Kerajaan Malaysia tidak melindungi perogol yang ditulis dalam bahasa Mandarin.

ARTIKEL BERKAITAN: Exco Perak didakwa rogol pembantu rumah

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!