Dua kerja dalam sehari bagi penuhi impian miliki rumah sendiri

Firdaus dan Nurul Nabila
Firdaus dan Nurul Nabila
A
A
A
KEADAAN ekonomi sekarang jika melakukan hanya satu pekerjaan tidak cukup untuk menampung ekonomi diri dan juga keluarga.

Tidak hairanlah, jika ada yang terpaksa melakukan dua pekerjaan dalam satu masa bagi menampung kos sara hidup terutamanya bagi mereka yang tinggal di bandar-bandar besar.

Tweet dan foto dimuat naik oleh seorang pengguna, Firdaus Aizat di Twitter miliknya telah mencuri perhatian netizen dengan kerajinannya mencari rezeki demi keluarga.

Melalui Tweet itu, dia memaklumkan pagi dia bekerja sebagai penghantar barang Lazada kepada pelanggan manakala petang pula sambilan sebagai Grab Food.

Perkongsian itu mendapat pelbagai komen dan juga pujian dari netizen.

Sementara itu, Firdaus Aizat atau nama sebenarnya Raja Noor Firdaus Raja Noor Aizat, 23, menjelaskan dia melakukan dua pekerjaan iaitu sebagai penghantar barang dan di sebelah petang pula sebagai Grab Food.

Dia mengorbankan masa rehatnya demi menyara kos sara hidup keluarga dan juga impian mereka untuk mendapatkan aset berharga iaitu rumah.

"Saya melakukan dua pekerjaan ini sebab ingin membeli rumah atas nama sendiri. Sekarang saya, isteri dan anak tinggal di rumah ibu mentua buat seketika.

"Saya bekerja di Lazada pada sebelah pagi bermula 8 pagi dan habis waktu bekerja sekitar 2 petang, dari hari Isnin hingga Sabtu sahaja. Manakala, sebelah petang pula saya akan buat Grab Food hingga ke 8 atau 9 malam," katanya.

Artikel Berkaitan:

FOTO TWITTER FIRDAUS AIZAT
FOTO TWITTER FIRDAUS AIZAT

Selepas pulang kerja, dia akan meluangkan masa dengan isteri dan anak.

"Setiap hari saya akan tidur dan rehat pada pukul 12 tengah malam. Dan akan bangun semula pada Subuh untuk bersiap pergi kerja pada pukul 8 pagi," katanya.

Firdaus Aizat turut berkongsi jumlah pendapatan yang diperolehinya setiap bulan dari hasil dua pekerjaan yang dilakukan itu dengan anggaran pendapatan bulananan yang di perolehi di Lazada sekitar RM2,000 dan itu tidak termasuk komisyen, manakala, Grab Food bulanan kira-kira RM800 hingga RM900.

Malah, isterinya Nurul Nabila Shamsudin, 22, turut membantu suami meringankan beban dengan menjalankan perniagaan makanan dan minuman secara kecil-kecilan dan juga turut menjadi jurusolek (MUA) untuk sebarang program atau majlis perkahwinan.

"Jadi, jumlah kasar setiap bulan saya perolehi sekitar RM3,000. Waktu kerja di Lazada juga tidak terikat. Jika habis kerja awal, saya akan melakukan Grab Food pula.

"Isteri juga turut membantu saya mendapatkan wang sara hidup buat kami dengan mengambil upah sebagai MUA dan menjual pelbagai makanan dan minuman. Alhamdulillah, buat masa sekarang kami mampu untuk menyara hidup. Setiap bulan saya menyimpan sekitar RM1,000 bagi komitmen untuk membeli rumah," katanya.

FOTO TWITTER FIRDAUS AIZAT
FOTO TWITTER FIRDAUS AIZAT

Katanya, dia meletakkan sasaran untuk memiliki sebuah rumah untuk dia terus bekerja kerana jika tiada sasaran, mungkin tidak akan berusaha untuk memperolehi sesuatu yang diinginkan.

Malah dia turut menyarankan anak muda di luar sana untuk terus berusaha mendapatkan pekerjaan, tidak kira apa sahaja peluang kerja sekali pun.

Sementara itu, isterinya, Nurul Nabila berkata, pada awalnya, suaminya hanya bekerja di Lazada tetapi disebabkan sasaran mereka untuk membeli rumah sekurang-kurangnya sebelum 25 tahun menyebabkan dia turut melakukan kerja sambilan.

"Dengan gaji di Lazada sahaja, memang tak cukup. Jadi dia buat keputusan untuk buat grab Food sama. Sekurang-kurangnya, gaji di Lazada dia boleh simpan untuk menabung duit rumah. Duit grab untuk keperluan kami sekeluarga sebab duit grab dapat setiap hari.

"Jadi dari situlah cadangan dia. Saya pula sebagai isteri hanya mampu buat kerja sebagai jurusolek sambilan dan jual pelbagai makanan seperti lasagna, biskut untuk cenderamata dan juga minuman dengan niat dalam menabung sama untuk masa depan anak saya Rania Naura.

"Memandangkan anak saya berusia setahun sembilan bulan dan masih menyusu badan, jadi saya tak boleh kerja dengan orang," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!