'Rahsia' di sebalik nama Bukit AA

Mohd Zaid (dua dari kanan), Mansor (tiga dari kanan) dan pengunjung menunjukkan banjaran Gunung Pulai dan Baling yang boleh dilihat dari puncak Bukit AA.
Mohd Zaid (dua dari kanan), Mansor (tiga dari kanan) dan pengunjung menunjukkan banjaran Gunung Pulai dan Baling yang boleh dilihat dari puncak Bukit AA.
A
A
A

BALING - Puncak Bukit AA di Kampung Charok Bakong, di sini semakin mendapat perhatian pengunjung khususnya penggemar durian selepas keindahan pemandangannya ditularkan di media sosial.

Pemilik dusun durian, Mohd Zaid Ab Mokti, 31, yang turut menyediakan pengangkutan ke puncak bukit berkenaan berkata, kawasan tersebut mula dikunjungi ramai pengunjung sejak sebulan lalu untuk menyaksikan pemandangan semulajadi banjaran Gunung Pulai dan Baling dari puncak bukit.

Menurutnya, dengan pengangkutan ditawarkan, pengunjung bukan sahaja dapat meninjau keindahan alam, malah dapat menikmati durian di lokasi berkenaan.

"Dengan pakej RM20, kita sediakan pengangkutan untuk ke puncak bukit dan pengunjung boleh makan durian segar di sana," katanya kepada Sinar Harian semalam.

Apa yang menarik, Mohd Zaid berkata, nama Bukit AA itu diberi sempena nama arwah ibu bapanya iaitu Asiah dan Ab Mokti sebagai mengingati jasa kedua-duanya yang membesarkannya lapan beradik dengan menoreh getah dan hasil hutan.

"Selepas habis musim durian, saya dan persatuan terlibat akan usaha bangunkan kawasan ini sebagai produk pelancongan terbaru di Baling," katanya.

Terdahulu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Ketil, Mejar (B) Mansor Zakaria turut mengunjungi bukit berkenaan.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!