Pengguna di Selangor bakal berdepan gangguan bekalan air empat hari

No Image Caption
A
A
A

SHAH ALAM - Beberapa kawasan di daerah Petaling, Klang/Shah Alam, Gombak, Kuala Lumpur, Hulu Selangor, Kuala Langat dan Kuala Selangor akan mengalami gangguan bekalan air berjadual bermula 23 hingga 26 Julai ini.

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) dalam satu kenyataan berkata, penutupan bekalan air itu bagi memberi laluan kerja penambahbaikan Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1 (LRA SSP1) yang akan dilaksanakan pada jam 9 pagi 23 Julai ini.

Menurutnya, pelaksanaan kerja-kerja tersebut sejajar dengan matlamat bagi meningkatkan kecekapan sistem bekalan air kepada pengguna di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

“Kerja-kerja penambahbaikan ini akan menyebabkan hentitugas loji sepenuhnya.

“Oleh itu beberapa kawasan di Petaling, Klang/Shah Alam, Gombak, Kuala Lumpur, Hulu Selangor, Kuala Langat dan Kuala Selangor akan mengalami gangguan bekalan air berjadual,” katanya

Beliau berkata, tempoh masa gangguan dan pemulihan bekalan berbeza dari satu kawasan ke kawasan lain bergantung pada lokasi geografi dan altitud premis pelanggan.

Katanya, sebanyak 15 pusat khidmat setempat (PKS) akan diaktifkan pada jam 8 pagi, 25 Julai ini.

“Pengguna boleh semak kawasan, dapatkan maklumat gangguan serta status terkini dengan memuat turun aplikasi telefon bimbit ‘Air Selangor’ di Google Play atau App Store.

Artikel Berkaitan:

“Maklumat juga boleh diperoleh dengan melayari laman sesawang www.syabas.com.my atau hubungi talian 15300 atau WhatsApp ke nombor 019- 2800919 atau 019-281679 untuk pertanyaan dan bantuan,” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!