Tampal perekat ‘mati itu pasti’ sebelum meninggal

Masdi dan isteri, Saubiah Bujang, 52, menunjukkan perekat ‘mati itu pasti’ ditampal pada motosikal jenis Yamaha LC milik anak mereka yang maut dalam kemalangan pada 4 Julai lalu.
Masdi dan isteri, Saubiah Bujang, 52, menunjukkan perekat ‘mati itu pasti’ ditampal pada motosikal jenis Yamaha LC milik anak mereka yang maut dalam kemalangan pada 4 Julai lalu.
A
A
A

PASIR GUDANG – “Seakan tahu ajalnya akan tiba, arwah menampal perekat bertulis ‘mati itu pasti’ di motosikalnya seminggu sebelum terlibat kemalangan yang meragut nyawanya,” cerita bapa mangsa, Masdi Amad Johar, 54.

Anak Masdi, Muhamad Nazrul, 21, terlibat dengan kemalangan ketika dalam perjalanan ke tempat kerjanya di Jalan Gangsa di sini pada 4 Julai lalu dan meninggal dunia di tempat kejadian.

Masdi berkata, dia dan keluarga tidak perasan kewujudan perekat itu dan hanya mengetahuinya selepas dimaklumkan rakan baik anaknya selepas kejadian berkenaan.

“Arwah baru sahaja dua bulan bekerja di syarikat itu sebagai juruteknik. Kami sekeluarga tidak sangka dia pergi secepat ini. Dia seorang anak yang taat dan sebelum ke tempat kerja, arwah selalu bantu uruskan saya terlebih dahulu.

“Saya sendiri juga penerima pencen ilat di bawah skim Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) dan menjalani dialisis,” katanya ketika menerima kunjungan Pengarah Perkeso Johor, Tong Sing Chuang di rumahnya di Taman Kota Masai di sini.

Gopalkrishnan (dua dari kanan) menyampaikan sumbangan Perkeso kepada Masdi (dua dari kiri) isterinya Saubiah Bujang, 52.
Gopalkrishnan (dua dari kanan) menyampaikan sumbangan Perkeso kepada Masdi (dua dari kiri) isterinya Saubiah Bujang, 52.

Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tiram, S Gopalkrishnan yang menyampaikan bayaran faedah pengurusan mayat berjumlah RM2,000 kepada keluarga berkenaan.

Menurutnya, mereka sekeluarga menerima bayaran pencen penakat Muhamad Nazrul sebanyak RM850 setiap bulan.

Artikel Berkaitan:

"Kami bersyukur dan akan menggunakan wang ini untuk menampung kehidupan kami sekeluarga. Sebenarnya, beberapa hari sebelum arwah pergi dia juga sempat berikan wang gaji kepada saya, isteri, adiknya yang masih bersekolah dan kakaknya yang belajar di tahun akhir,” katanya.

Sementara itu, Gopalkrishnan menasihatkan orang ramai supaya memastikan majikan mencarum dengan Perkeso demi masa depan kerana caruman memberi manfaat jika berlaku insiden tidak diingini.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!