Merah jambu serlah sisi romantik si jejaka

A
A
A

MAJORITI jejaka pantas mengatakan tidak untuk menyarungkan apatah lagi memiliki pakaian berwarna merah jambu. Alasan mereka nuansa itu hak mutlak golongan wanita.

Namun begitu, tahukah anda warna berkenaan telah dipakai lelaki sejak kurun ke-18? Bahkan jersi kelab bola sepak Juventus yang pertama juga menggunakan rona itu pada tahun 1899 hingga 1903.

Justeru, selari peredaran zaman, ketepikan soal diskriminasi yang mengaitkan jantina dengan warna-warna tertentu khususnya merah jambu. Lagipun fesyen itu universal jadi sesiapa sahaja berhak menggayakan pakaian diminati.

Di sini, e-Trend berkongsi beberapa tip buat lelaki yang ingin menyarungkan persalinan merah jambu.



1. Sut merah jambu

Lelaki yang ingin menggayakan sut warna merah jambu pastikan memilih ton lembut.

Padankan bersama seluar nuansa gelap bagi menyerlah sisi maskulin.



2. Elak kombinasi warna terang

Artikel Berkaitan:

Jangan sesekali memakai pakaian serba merah jambu kerana ia akan menjejaskan penampilan.

Jika anda memakai baju-T merah jambu terang maka suai padan dengan denim atau seluar warna putih, hitam atau coklat lembut.



3. Sisi romantik

Apa salahnya sekali sekala tampil sedondon busana tradisional seperti baju Melayu ataupun kurta warna merah jambu bersama insan tersayang.

Lihat saja jenama tempatan @almarimoji berkongsi suai padan kurta moden rona dengan seluar hitam, kain samping benang emas.

Lagipun kebanyakan wanita kini semakin terbuka melihat lelaki memakai pakaian warna tersebut.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!