Memorial Tunku Abdul Rahman jadi Perpustakaan Digital Kedah

Bangunan Memorial Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj bakal diubahsuai untuk dijadikan sebagai Perpustakaan Digital Kedah. Foto - LEMBAGA MUZIUM NEGERI KEDAH (Gambar kecil: Mohd Asmirul Anuar Aris)
Bangunan Memorial Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj bakal diubahsuai untuk dijadikan sebagai Perpustakaan Digital Kedah. Foto - LEMBAGA MUZIUM NEGERI KEDAH (Gambar kecil: Mohd Asmirul Anuar Aris)
A
A
A

ALOR SETAR - Perancangan pembinaan Perpustakaan Digital Kedah kini berjalan lancar dan berada pada fasa pemilihan reka bentuk dalam mengekalkan ciri, tradisi dan identiti negeri jelapang padi.

Exco Belia dan Sukan, Pelancongan, Seni dan Budaya dan Pembangunan Usahawan Negeri Kedah, Mohd Asmirul Anuar Aris berkata, perpustakaan digital tersebut adalah salah satu bukti kerajaan tidak mengabaikan pendidikan terutamanya kepada generasi muda yang semakin cenderung ke arah perkembangan teknologi.

Mengulas mengenai perkembangan semasa projek tersebut, tiga tempat dikenal pasti untuk dibina perpustakaan digital di Alor Setar dan akhirnya pihaknya memilih Bangunan Memorial Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj di Jalan Menteri, Taman Jubli Perak, di sini.

"Pembangunan projek ini melibatkan dua fasa. Fasa pertama ubah suai bangunan sedia ada dengan mengekalkan warisan sejarah dan identiti Kedah.

"Fasa kedua pula adalah pembinaan bangunan baharu melibatkan kafe, dewan, tempat kanak-kanak belajar dan tambahan 'Business Reference Centre' dan teknologi Sistem Video Assistant Referee (VAR) untuk membantu dengan melihat tempat-tempat pelancongan di seluruh Kedah," katanya.

Mohd Asmirul berkata, pada awal Julai lalu, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir telah mengetuai lawatan ke Perpustakaan Digital Pulau Pinang bagi persediaan untuk membina Perpustakaan Digital di Kedah.

"Kedah telah berbincang sebanyak dua kali bersama pengurusan Pulau Pinang dan melihat sendiri contoh 'Digital Library' di sana. Hasilnya Kedah akan membuat sendiri 'Digital Library' bernilai RM15 juta seperti yang diumumkan oleh Menteri Kewangan, Lim Guan Eng sebelum ini," katanya.

Pada Jun lalu, Guan Eng, berkata pembinaan Perpustakaan Digital Kedah akan dimulakan suku pertama tahun hadapan dan dijangka siap sepenuhnya menjelang akhir tahun.

Artikel Berkaitan:

Sebelum ini, Kerajaan Pusat melalui Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) meluluskan peruntukan RM15 juta bagi pembinaan perpustakaan digital di Alor Setar.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!