Hati-hati makan kacang putih!
Ketua Pegawai Penguatkuasa KPDNHEP Negeri, Shamsul Nizam Khalil berkata, hasil pemeriksaan bersama pegawai Jabatan Agama Islam Perak (Jaipk) mendapati premis yang beroperasi di Buntong itu memiliki pengesahan sijil halal tamat tempoh pada 31 Januari 2017.
"Pemeriksaan dijalankan mendapati premis itu telah membuat pembungkusan semula ke atas makanan ringan dan bertemu dengan wanita berusia 49 tahun yang mengaku sebagai pemilik premis itu,
"Walaupun telah tamat tempoh pengesahan sijil halal itu, syarikat terbabit masih mempamerkan logo halal pada papan tanda di hadapan dan di dalam premis tersebut," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Menurutnya, pihaknya telah menyita papan tanda yang mempunyai logo halal beserta unit logo dan dua unit dulang yang mempunyai label halal untuk siasatan lanjut.
"Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 16 Akta Perihal Dagangan 2011 yang disabitkan kesalahan boleh dikenakan denda sehingga RM500,000, jika disabitkan kesalahan pertama.
"Bagi kesalahan yang melibatkan isu halal ini, statistik dari Januari lalu telah menghasilkan enam kes dengan nilai rampasan berjumlah RM4,935. KPDNHEP tidak akan berkompromi terhadap peniaga yang menggunakan logo halal sewenang-wenangnya tanpa kelulusan," katanya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!