700 peralatan khas percuma untuk OKU

Sebahagian sumbangan kerusi roda bermutu tinggi yang akan diagihkan kepada golongan memerlukan dan OKU di SJKC Yu Chai pada 20 hingga 24 Julai ini.
Sebahagian sumbangan kerusi roda bermutu tinggi yang akan diagihkan kepada golongan memerlukan dan OKU di SJKC Yu Chai pada 20 hingga 24 Julai ini.
A
A
A

PARIT BUNTAR - Kilang menghasilkan kerusi kenderaan, Vogel Industries (M) Sdn Bhd menawarkan sumbangan 700 peralatan khas kepada golongan yang memerlukan dan orang kurang upaya (OKU) secara percuma bermula 20 Julai hingga 24 Julai ini.

Jurucakap syarikat itu berkata, pemberian peralatan khas meliputi kerusi roda, alat bantuan berjalan dan tongkat itu ditumpukan di negeri Perak dan terbuka kepada OKU atau individu memerlukan terutama pesakit kronik.

"Agihan itu akan disalurkan ke Parlimen Parit Buntar bertempat di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Yu Chai, Kuala Kurau pada tarikh dimaklumkan bermula jam 8 pagi hingga 2 petang.

"Bantuan ini terhad kepada siapa cepat dia dapat sehingga stok habis. Kami berharap orang ramai yang memerlukan kemudahan ini tidak akan melepaskan peluang," katanya kepada media di sini hari ini.

Menurutnya, pemberian sumbangan semua peralatan khas berkualiti tinggi diimport dari Jerman itu bertujuan memberi keselesaan kepada pesakit dan golongan OKU selain membuktikan masih ada pihak mengambil berat kebajikan mereka.

"Boleh hubungi Puan Wani di talian 014-7754210 atau Tina (012-7207456) jika berminat untuk mendapatkan peralatan khas selain mereka hanya perlu membawa OKU berserta kad pengesahan OKU atau individu memerlukan.

"Terdapat sukarelawan dari Jerman, Peter Hans Dentler yang akan mengesyorkan kerusi roda sesuai atau membuat penambahbaikan mengikut keperluan," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!