Saya bantu parti dengan suruh Najib duduk diam: Nazri

Nazri ketika ditemubual Sinar Harian di Parlimen, hari ini. - Foto SHARIFUDIN ABDUL RAHIM
Nazri ketika ditemubual Sinar Harian di Parlimen, hari ini. - Foto SHARIFUDIN ABDUL RAHIM
A
A
A

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz menafikan dirinya tidak membantu parti ketika Barisan Nasional (BN) kini tidak lagi menjadi kerajaan.

Menyifatkan bahawa dirinya seorang yang setia dengan parti, Nazri berkata, beliau sebenarnya banyak membantu, antaranya menggesa bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak supaya 'duduk diam'.

"Bila saya serang parti? Tidakkah saya membantu parti dengan meminta Datuk Seri Najib Tun Razak mengasingkan diri? Itu kira membantulah pada saya. Tengok dia tidak mengasingkan diri, dia akan memudaratkan parti," katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di Parlimen, hari ini.

Nazri ketika ditemubual Sinar Harian di Parlimen, hari ini. - Foto SHARIFUDIN ABDUL RAHIM
Nazri ketika ditemubual Sinar Harian di Parlimen, hari ini. - Foto SHARIFUDIN ABDUL RAHIM

Beliau berkata demikian menjawab kritikan ramai yang mendakwa bahawa Nazri kini tidak bersikap seperti dahulu, malah lebih mesra dengan Pakatan Harapan (PH).

Menjawab dakwaan kononnya beliau tidak menyerang PH pula, Nazri berkata, beliau mengkritik tidak secara semberono.

"Saya serang PH atas isu penting dan saya mesti bijak. Kalau buat perangai macam pembangkang dulu, kita hari ini sama juga macam mereka dahulu, saya tidak mahu macam itu. Saya menteri dulu, saya bangkang betul-betul. Saya bangkang ICERD (Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum), Statut Rom," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!