Bulan madu Hazama dapat saman

No Image Caption
A
A
A

PENYANYI, Hazama, 34, mengakui bersalah atas tindakan tidak sengaja meletakkan motosikal di kawasan larangan parkir kenderaan di Phuket, Thailand.

Atas kesalahan yang dilakukan pada 9 Julai lalu, penyanyi Relakan Jiwa itu dikenakan saman dengan nilai kompaun RM66.55 (500 Thai Baht).

Menurutnya ketika itu dia sedang berbulan madu bersama isterinya, Genervie Kam, 39.

“Saya kena saman tak adalah buat jenayah pun, saya tak sengaja.

“Di Phuket ada kawasan larangan parkir kenderaan dan diwarnakan dengan warna merah dan putih sebagai tanda larangan.

No Image Caption

“Saya memang tak tahu sebab bahasa Thailand mana saya nak faham (ketawa). Jadi saya pun parkir motor di situ, tahu-tahu dah kena rantai.

“Jadi saya kena ke balai untuk bayar saman sejumlah 500 Thai Baht (RM66.55) untuk membuka rantai berkenaan,” akuinya.

Artikel Berkaitan:

Hazama ditemui ketika sidang media Mentor Milenia musim ketiga di Primeworks Studios Sdn Bhd, Media Prima, Damansara Utama, Kuala Lumpur, petang tadi.

Mengenai penglibatan dalam program realiti nyanyian Mentor Milenia, Hazama masih kekal sebagai Mentor di samping Black Hanifah dan Akim Ahmad.

Selain mereka, dua Mentor penyanyi wanita ialah Ernie Zakri dan Stacy.

Manakala hos bagi program tersebut dikendalikan oleh Shuk Sahar dan Elly Mazlein.

Uji bakat pencarian protege bakal diadakan di dua lokasi iaitu Promenade Hotel, Kota Kinabalu pada 3 dan 4 Ogos serta Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam (24 dan 25 Ogos serta 7 dan 8 September).

Mentor Milenia bakal menemui penonton TV3 bermula ​6 Oktober ini pada setiap Ahad jam 9 malam​ selama 10 episod.

Juara Mentor Milenia 2019 akan memenangi RM100,000 berserta trofi.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!