Lelaki selamatkan wanita lumpuh dalam kebakaran

No Image Caption
A
A
A

GEORGETOWN - Tindakan pantas seorang pemandu yang melihat kebakaran dua buah rumah berkembar di Lorong Lembah Permai, Tanjung Bungah di sini hari ini berjaya menyelamatkan seorang wanita lumpuh di dalam rumah itu.

Dalam kejadian jam 11.50 pagi itu, lelaki tersebut melalui kawasan berkenaan sebelum ternampak kebakaran di tingkat atas rumah dua tingkat itu dan terus memberhentikan keretanya.

Difahamkan, lelaki itu memasuki kediaman itu dan menyelamatkan mangsa yang sedang menjerit meminta tolong.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bagan Jermal, Ridzuan Ramli berkata, ketika kejadian, wanita berusia 60-an itu berada di dalam rumah seorang diri kerana anggota keluarganya yang lain keluar ke hospital untuk melawat suami mangsa yang sakit.

“Apabila sepasukan bomba tiba di tempat kejadian, lelaki itu menyerahkan mangsa kepada mereka sebelum meninggalkan lokasi kejadian.

"Tindakan pantasnya berjaya menyelamatkan nyawa mangsa itu,” katanya kepada media di sini.

Menurutnya, wanita itu tidak mengalami sebarang kecederaan fizikal namun masih berada dalam keadaan terkejut ekoran kebakaran itu yang berjaya dipadamkan kira-kira jam 1 tengah hari. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!