Pakistan buka semula ruang udara bersempadan India

Penutupan laluan udara sejak Februari lalu itu telah memberi kesan kepada laluan antarabangsa.
Penutupan laluan udara sejak Februari lalu itu telah memberi kesan kepada laluan antarabangsa.
A
A
A

ISLAMABAD - Pakistan hari ini membuka semula ruang udara negara itu untuk semua lalu lintas awam, sekali gus menamatkan sekatan beberapa bulan yang memberi kesan kepada laluan antarabangsa termasuk dari India selepas konflik tercetus antara kedua-dua negara kuasa nuklear tersebut.

Pihak Berkuasa Penerbangan Awam (CAA) mengesahkan pembukaan semula ruang udara di bahagian timur negara itu yang bersempadan dengan India.

Penutupan itu menjejaskan penerbangan India menuju ke barat dan menyebabkan Pakistan International Airlines terpaksa menggantung beberapa penerbangan mereka selain menutup laluan utama antarabangsa ke dan dari Islamabad serta Lahore.

Difahamkan, ruang udara Pakistan ditutup selepas krisis antara Pakistan dan India memuncak susulan insiden pengeboman bunuh diri didalangi kumpulan militan berpangkalan di Islamabad, Jaish-e-Mohammad meragut 40 nyawa anggota keselamatan di Kashmir pada Februari lalu.

Beberapa hari selepas insiden itu, New Delhi melancarkan serangan balas di sempadan Islamabad yang telah memburukkan lagi konflik antara kedua-dua negara tersebut apabila Pakistan menembak jatuh dua pesawat milik tentera India.

Kira-kira sebulan selepas itu, Islamabad menarik balik beberapa sekatan, namun mengekalkan langkah penutupan di sepanjang sempadan timur dengan India. - Agensi

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!