Kasut jenama tiruan bernilai RM78,000 dirampas

Penguatkuasa KPDNHEP menjalankan pemeriksaan sebuah stor yang menyimpan kasut dan selipar berjenama tiruan di Menglembu, semalam.
Penguatkuasa KPDNHEP menjalankan pemeriksaan sebuah stor yang menyimpan kasut dan selipar berjenama tiruan di Menglembu, semalam.
A
A
A

IPOH - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Perak telah menyerbu sebuah kedai borong di Menglembu dan merampas 12,002 pasang kasut serta selipar berjenama tiruan bernilai RM78,000 semalam.

Ketua Pegawai Penguatkuasa KPDNHEP Perak, Shamsul Nizam Khalil berkata, operasi bermula jam 12 tengahari itu membabitkan 12 pegawai penguatkuasa menyerbu premis yang dijadikan stor penyimpanan kasut jenama Adidas, Nike dan Puma.

"Risikan dijalankan mendapati premis tersebut merupakan sebuah pemborong kasut dan selipar berjenama yang merupakan pembekal utama bagi peniaga pasar malam dan ekspo sekitar negeri ini.

"Serbuan menemui pintu yang menghubungkan dua stor premis yang dijadikan simpanan kasut tiruan itu. Siasatan awal mendapati premis berkenaan telah beroperasi sejak setahun lalu dan menahan pekerja lelaki berusia 45 tahun," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, kesemua barangan itu disita untuk siasatan mengikut Seksyen 8 (2)(b) Akta Perihal Dagangan 2011 dan jika sabit kesalahan, pesalah boleh dikenakan denda RM15,000 bagi setiap barangan berjenama palsu.

Artikel Berkaitan:


"Peniaga perlu tahu akan kesalahan melibatkan apa-apa barang yang berhubung dengan cap dagangan yang berdaftar di bawah Akta Cap Dagangan 1976. Orang ramai juga boleh membuat aduan berkaitan jualan barang berjenama tiruan kepada kementerian.

"KPDNHEP akan melindungi hak-hak pemilik cap dagangan melalui pemantauan dan risikan berterusan ke tas premis yang menjual barangan berjenama bagi membanteras penjualan barang tiruan selain dapat meningkatkan pelabur asing di Perak," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!