Jom jaga jantung kita!
Ikuti enam langkah mudah untuk jantung sihat seperti dikongsikan Nestle Omega Plus
TIP SIHAT
TAHUKAH anda penyakit jantung kekal menjadi punca utama kematian di Malaysia sepanjang 13 tahun lalu? Itu hasil laporan oleh Jabatan Statistik Malaysia terhadap punca kematian di Malaysia pada tahun 2018.
Pengambilan makanan yang tidak seimbang dan kurang sihat, lebih-lebih lagi dipadankan dengan gaya hidup kurang aktif sudah tentu akan memberi kesan pada jantung.
Faktor utama yang menyumbang kepada situasi itu juga ialah memiliki kolesterol tahap tinggi.
Tidak kurang faktor penyakit tidak berjangkit yang berkaitan seperti kencing manis, tekanan darah tinggi dan obesiti.
Kementerian Kesihatan Malaysia baru-baru ini menegaskan, sikap acuh tidak acuh merupakan punca utama peningkatan kes-kes penyakit jantung.
Melihat situasi berkenaan, Nestle Omega Plus berbesar hati berkongsi langkah-langkah mudah yang boleh dipraktikkan oleh rakyat Malaysia untuk mendapatkan jantung yang sihat. Jom sama-sama kita mengamalkannya.
1. Amal pemakanan ‘jantung sihat’
Makanan berlemak dan berkolesterol tinggi meningkatkan faktor risiko penyakit jantung. Oleh itu, kurangkan makanan bergoreng, pilih yang dikukus, dipanggang atau dibakar.
Hadkan juga makanan yang tinggi dengan gula, minyak dan garam. Tingkatkan pengambilan serat makanan. Ia membantu mengawal paras kolesterol dan glukosa dalam darah.
Anda boleh mencuba susu Nestle Omega Plus mengandungi Acticol, 1.2 gram sterol tumbuhan.
2. Ketahui status kolesterol
Penyakit jantung sering dikenali sebagai pembunuh senyap. Lakukan saringan kesihatan secara berkala untuk mengesan paras kolesterol tinggi. Ujian kolesterol itu boleh dibuat di klinik swasta, klinik kesihatan atau hospital kerajaan yang berhampiran dan makmal persendirian.
3. Kekal aktif
Aktiviti fizikal terutamanya senaman aerobik membantu menguatkan otot jantung, mengurangkan stres, memperbaiki metabolisme dan meningkatkan paras kolesterol baik. Kementerian Kesihatan Malaysia menyarankan senaman selama 30 minit sehari, sekurang-kurangnya lima hari seminggu.
Sebagai permulaan lakukan aktiviti di sekeliling anda seperti menggunakan tangga berbanding lif. Guna pengangkutan awam atau berjalan kaki ke tempat restoran berdekatan berbanding menaiki kereta.
4. Jangan takut makan
Makan semua makanan daripada pelbagai kumpulan dalam piramid makanan, tetapi dalam saiz hidangan yang sederhana. Dalam erti kata lain, amalkan tabiat makan berpandukan keseimbangan, kesederhanaan dan kepelbagaian. Jadikan Model Pinggan Sihat Malaysia atau konsep ‘Suku-Suku-Separuh’ sebagai panduan dalam membuat pilihan makanan seharian.
Isikan suku pinggan pertama dengan sumber karbohidrat seperti nasi, mi dan bijirin. Suku kedua dengan protein ikan, ayam, daging, telur dan kekacang. Separuh pinggan lagi dipenuhi dengan sayur-sayuran dan buah-buahan.
5. Motivasi aplikasi
Terdapat bermacam-macam aplikasi telefon pintar berkaitan kesihatan sedia untuk dimuat turun secara percuma. Aplikasi pintar akan menggalakkan anda untuk menuju gaya hidup yang sihat di hujung jari anda.
Antaranya anda boleh mencuba aplikasi MyNutriDiari 2 oleh Kementerian Kesihatan Malaysia yang menyediakan maklumat tentang pemakanan, aktiviti fizikal, fungsi berguna seperti diari pengambilan makanan harian dan kalkulator indeks jisim tubuh (BMI).
6. Kekalkan berat badan sihat
Berat badan yang sihat ialah BMI antara 18.5 dan 24.9 kilogram (kg). Mengekalkan berat badan yang sihat dapat membantu mengawal tahap gula dalam darah dan tekanan darah.
Anda disarankan untuk mengurangkan berat badan jika BMI melebihi 25 kg. Selain itu, ukur lilit pinggang 90 sentimeter (35 inci) ke atas bagi lelaki atau 80 sentimeter (32 inci) ke atas bagi wanita dikaitkan dengan peningkatan risiko kencing manis, penyakit jantung dan tekanan darah tinggi.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!