Geng samun tumpas, remaja antara ditahan

No Image Caption
A
A
A

NILAI - Polis berjaya menumpaskan geng samun apabila menahan tiga lelaki dipercayai terlibat dalam kegiatan samun dan rompak yang berlaku sekitar Nilai.

Ketua Polis Nilai, Superintendan Mohd Marzuki Besar berkata, tangkapan terhadap remaja berusia antara 19 hingga 24 tahun itu semalam, dilakukan selepas menerima laporan kejadian samun yang berlaku di kedai serbaneka pada 8 Julai lalu.

Katanya, kejadian berlaku kira-kira jam 1.30 pagi semasa pengadu dan rakan sedang bekerja di kaunter premis 7 Eleven di Taman Desa Cempaka, telah datang dua lelaki memasuki kedai tersebut dengan membawa bakul sampah.

"Mereka kemudianya menuju ke peti simpanan arak lalu mengambil beberapa tin arak pelbagai jenis.

"Suspek kemudiannya ke kaunter dan mengarahkan mangsa memberikan wang yang ada. Bimbang dengan suspek yang bersenjatakan sebilah parang, rakan sekerja pengadu menyerahkan sampul berisi wang hasil jualan kedai sebelum suspek bergegas keluar," katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Tambahnya, pengadu bersama rakan sekerjanya kemudian bersembunyi di dalam setor premis sebelum menghubungi majikan dan pihak polis.

Marzuki memberitahu, kesemua suspek ditangkap di Pangsapuri Kos Rendah Jalan Nilai, sekitar jam 12.15 sehingga 1.45 pagi.

"Hasil siasatan lanjut polis menemui beberapa peralatan dan barang yang dipercayai digunakan untuk tujuan samun seperti sarung tangan, Jumpsuit, sehelai jaket hoodie, snowcap, topeng joker dan helmet berwarna biru.

Artikel Berkaitan:

"Suspek kini ditahan reman selama enam hari sehingga 21 Julai 2019 dan kes akan disiasat mengikut Seksyen 395 dan 397 Kanun Keseksaan.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!