Bolehkah makan makanan halal dimasak oleh bukan Islam?

Pilihlah makanan yang terjamin dari segi halal lagi baik. -GAMBAR HIASAN.
Pilihlah makanan yang terjamin dari segi halal lagi baik. -GAMBAR HIASAN.
A
A
A

APABILA makan di luar, makanan halal menjadi tumpuan utama umat Islam sebelum melihat faktor lain seperti keenakan makanan, premis, kebersihan dan lain-lain.

Selalunya, kedai yang menjadi pilihan kita sudah tentu kedai orang Islam yang terjamin status halalnya.

Bagaimana hukumnya jika makanan yang halal itu dimasak oleh orang bukan Islam?

Bolehkah kita memakan makanan tersebut?

Dalam hal itu, jika makanan halal dimasak oleh orang bukan Islam yang diyakini kesuciannya, maka ia ialah halal.

Namun, jika peralatan memasak makanan yang bernajis dan diyakini penggunaannya, maka haram hukumnya.

Apapun, sebagai orang Islam, kita digalakkan untuk meninggalkan makanan yang diragukan.

Ia sebagaimana sabda Rasulullah SAW: "Tinggalkanlah apa yang kamu ragu-ragu kepada yang tiada keraguan." (Riwayat al-Tirmizi, al-Nasa'i, Ibnu Hibban dan al-Hakim)

Artikel Berkaitan:

Justeru, elakkan makan makanan yang kita ragu-ragu dan syubhah.

Sebaliknya, pilihlah makanan yang terjamin halal lagi baik.

(Sumber: Laman Web Rasmi Jabatan Mufti Negeri Selangor)

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!