'Tetap sayang walau kena pukul, gigit'

Paparan perkongsian Zarina di laman Instagram miliknya.
Paparan perkongsian Zarina di laman Instagram miliknya.
A
A
A

UMUM kebanyakan sudah maklum pelakon Zarina Zainuddin mempunyai dua anak lelaki kembar menghidap autisme. Sifat sabar dan penyayangnya sebagai ibu dalam membesarkan mereka sering menyentuh hati rakyat Malaysia.

Terbaharu di laman Instagram miliknya, Zarina berkongsi pengalaman berdepan dengan karenah anak-anaknya.

“Bila renung wajah Azil ni saya pun sayu. Saya mak mestilah ada perasaan kasih walaupun asyik kena pukul, kena gigit. Kadang nak bangun pun tak larat. Tapi gagahkan juga. Kadang rasa nak tinggalkan je bila keluar, tapi sampai separuh jalan patah balik ambil dia.

“Orang ada yang mengata. Eh, sudahlah minta simpati orang. Orang pun dah muak tengok cerita kau dengan anak kau. Biarlah, suka hati nak kata apa,” tulisnya.

Menurutnya, dia tidak kisah kepada mereka yang tidak suka dengan tulisannya kerana dia hanya berkongsi pengalaman dan apa yang dirasai.

Dalam pada itu, Zarina turut berharap agar anak-anaknya dan penghidap autisme yang lain mendapat sepenuh perhatian serta kasih sayang daripada ibu bapa, keluarga dan masyarakat sekeliling.

“Buat semua pengikut saya, terima kasih kerana selalu mendoakan saya,” tulisnya lagi disertai tanda pagar #Allahsentiasaadauntukkita.

Zarina melangsungkan perkahwinan dengan Datuk Raihan Wan Jaafar pada tahun 1993 dan dikurniakan empat cahaya mata termasuk pasangan kembar Muhammad Raizal Azrai (Azal) dan Muhammad Razil Azrai (Azil).

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!