TMJ, Che Puan Khaleeda sambut putera kedua, cahaya mata ketiga

TMJ dan Che Puan Khaleeda bersama putera kedua mereka. Foto: Facebook HRH Crown Prince of Johor
TMJ dan Che Puan Khaleeda bersama putera kedua mereka. Foto: Facebook HRH Crown Prince of Johor
A
A
A

SHAH ALAM - Keluarga Diraja Johor, terutama Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, hari ini menerima perkhabaran gembira apabila Che’ Puan Khaleeda Bustamam selamat melahirkan putera kedua mereka, iaitu cahaya mata ketiga awal pagi tadi.

Khabar gembira itu dikongsi Tunku Ismail di laman Facebook HRH Crown Prince of Johor.

“Alhamdulillah. YM Che Puan Khaleeda telah selamat melahirkan seorang Putera Raja. Allah Peliharakan Sultan,” kongsi baginda.

Tiga keping gambar dimuat naik di laman sosial itu, menunjukkan Tunku Ismail bersama isteri dan anak ketiga mereka di sebuah wad hospital.

Pasangan diraja yang disatukan pada 2014 sebelum ini dikurniakan puteri dan putera iaitu Tunku Khalsom Aminah Sofiah serta Tunku Iskandar Abdul Jalil Abu Bakar Ibrahim Tunku Ismail.

Pada 2018, Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan melantik Tunku Iskandar Abdul Jalil Abu Bakar Ibrahim sebagai Raja Muda Johor.

Pemasyhuran itu diumumkan Sultan Ibrahim pada majlis Istiadat sempena Hari Keputeraan Baginda yang ke-60, di Istana Besar, Johor Bahru.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!