Bayi ditinggal sebatang kara tidak benar

Gambar tular di media sosial yang mendakwa bayi berkenaan ditinggalkan sebatang kara oleh ibu bapanya di hospital
Gambar tular di media sosial yang mendakwa bayi berkenaan ditinggalkan sebatang kara oleh ibu bapanya di hospital
A
A
A

KLANG - Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) memaklumkan dakwaan terdapat bayi yang ditinggalkan sebatang kara oleh ibu bapanya di hospital terbabit adalah tidak benar.

Pengarah HTAR, Dr Mohamad Sabri Othman berkata, HTAR memandang serius isu tersebut dan menasihati orang ramai supaya tidak mempercayai maklumat palsu dan berhenti menularkannya kepada orang lain.

“Kenyataan yang tular di akhbar tempatan dan media sosial berhubung dakwaan terdapat bayi ditinggalkan sebatang kara oleh ibu bapanya adalah tidak benar.

“Bayi tersebut berada dalam jagaan dan pemerhatian pihak hospital,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata waris dan pesakit diingatkan mematuhi peraturan ditetapkan dalam wad termasuk larangan mengambil gambar.

HTAR dalam satu kenyataan memaklumkan dakwaan terdapat bayi yang ditinggalkan sebatang kara oleh ibu bapanya di hospital terbabit adalah tidak benar.
HTAR dalam satu kenyataan memaklumkan dakwaan terdapat bayi yang ditinggalkan sebatang kara oleh ibu bapanya di hospital terbabit adalah tidak benar.

“Pihak HTAR kesal dengan tindakan segelintir waris yang menyebarkan berita tidak betul berkenaan pesakit lain.

“Waris dan pesakit juga tidak sepatutnya menyebarkan maklumat tidak betul kepada orang lain termasuk di media sosial sehingga menjejaskan kerahsiaan (privasi) pesakit,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Terdahulu, tular di media sosial kisah bayi tujuh bulan yang didakwa tinggal sebatang kara di hospital.

Pelayar Facebook yang memuat naik beberapa keping gambar bayi itu di katil wad hospital mendakwa ibu kanak-kanak tersebut tidak waras gara-gara bapanya berkahwin baharu.

Dia mendakwa tiada sesiapun yang melawat bayi tersebut yang didakwa kepenatan menangis hingga tertidur berkemungkinan merindui ibunya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!