Bank Pembangunan Koperasi Asean ditubuhkan dengan modal AS$100
PETALING JAYA - Penubuhan Bank Pembangunan Koperasi Asean di bawah ASEAN Co-Operative Organization (ACO) bakal direalisasikan hujung tahun ini dengan modal permulaan US$100 (RM416juta).
Pengerusi ACO, Datuk berkata, penubuhan itu akan memberi manfaat kepada kira-kira 65 juta ahli koperasi di rantau ini yang dapat memperoleh kemudahan pembiayaan 100 peratus patuh syariah.
Menurutnya, negara yang bakal menggerakkan bank koperasi berkenaan telah dikenal pasti yang mana kerajaannya telah bersetuju memberikan lesen bagi merealisasikan usaha berkenaan.
"Untuk permulaan, kita telah mendapatkan rakan strategik yang bersetuju untuk menyediakan modal permulaan berjumlah AS$100 juta (RM416 juta).
"Selain daripada rakan strategik ini, kita juga akan buka simpanan depositnya daripada kalangan ahli-ahli koperasi," katanya pada sidang media sempena lawatan daripada Cooperative League of Thailand di Auditorium Angkasa di sini hari ini.
Jelas beliau yang juga Presiden Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) berkata, usaha penubuhan bank koperasi itu bagi memperkukuhkan lagi koperasi-koperasi di negara Asian seterusnya mampu berdaya maju dalam memperluaskan pemasaran produk dalam kalangan ahli-ahlinya.
"Kita lihat hampir 300,000 buah koperasi di negara Asean dianggarkan ada 65 juta ahli. Contohnya di Malaysia kita ada lebih 14,000 koperasi dengan keahlian 6 juta orang.
"Bukan semuanya maju kukuh dan kuat. Kita dapati banyak juga dan sebahagian besarnya adalah koperasi micro dan kecil yang memerlukan bantuan," katanya.
Dalam pada itu, beliau berkata, usaha mempromosikan koperasi dan produk yang dihasilkan koperasi Asia Tenggara beliau akan memperkasakan konsep Asean Corner di setiap negara-negara Asean dengan menonjolkan sekurang-kuranganya 10 produk dari setiap negara.
"Majoriti negara Asean sudah ada Asean Corner namun sekarang dalam proses pemilihan produk agar produk-produk ini mendapat perakuan halal dan sebagainya. Jadi setiap Asean Corner akan ada 100 produk terdiri daripada setiap negara," katanya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!