NS sambut baik penurunan had umur belia

Datuk Seri Aminuddin (kanan) pada sidang media hari ini.
Datuk Seri Aminuddin (kanan) pada sidang media hari ini.
A
A
A

SEREMBAN - Kerajaan Negeri Sembilan menyambut baik keputusan kerajaan persekutuan yang mengubah had umur belia daripada 15 sehingga 30 tahun.

Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, pihaknya tidak mempunyai sebarang masalah dengan perubahan had umur tersebut, malah berpendapat ianya dapat memperkasakan lagi suara anak muda.

"Kita ikut apa yg diputuskan oleh kerajaan persekutuan (mengenai penurunan had umur belia) dan kita tiada masalah dengan keputusan tersebut yang sudah pun diputuskan di Parlimen.

"Kita juga mengalu-alukan keputusan kerajaan yang memutuskan, mereka yang berumur 18 tahun boleh mengundi secara automatik, inilah yang kita perjuangkan selama ini dan kita perlu raikan keputusan tersebut," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat exco di Wisma Negeri dekat sini hari ini.

Tambahnya, keputusan yang dibuat kerajaan ini diharap dapat menyemarakkan sistem demokrasi negara, sekali gus memperkasakan lagi peranan anak muda.

Katanya, had umur sehingga 30 tahun ini merupakan perkara yang munasabah, dan pendedahan peringkat awal kepada pemimpin muda ini juga akan memberi impak baik kepada kerajaan pada masa hadapan.

Sementara itu, kerajaan Negeri Sembilan turut mengumumkan 30 Julai sebagai cuti umum sempena Hari Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-16, Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Mustafa Billah Shah.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!