DBKL tunda 3,820 kenderaan halang lalu lintas

Antara kenderaan yang ditunda DBKL selepas meletakkan kenderaan di kawasan tidak dibenarkan sehingga menyebabkan gangguan lalu lintas
Antara kenderaan yang ditunda DBKL selepas meletakkan kenderaan di kawasan tidak dibenarkan sehingga menyebabkan gangguan lalu lintas
A
A
A

KUALA LUMPUR - Sejumlah 3,820 kenderaan telah ditunda oleh Jabatan Penguatkuasaan, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) antara Januari hingga Jun lalu atas kesalahan menghalang lalu lintas.

Sumber dari Unit Media DBKL berkata, pihaknya menerima banyak aduan berhubung aduan itu apabila segelintir pemandu tanpa rasa bersalah meletakkan kenderaan di kawasan salah khasnya di bahu jalan.

"Sikap pentingkan diri ini telah menyebabkan rungutan daripada orang ramai hingga menyebabkan kesesakan lalu lintas dan kesukaran kepada pihak lain.

"Kelompok ini juga secara suka hati meletakkan kenderaan di garisan kuning, membuat halangan fizikal serta meletak kenderaan secara bertindih," katanya.

Tindakan menunda kenderaan yang menghalang laluan awam.
Tindakan menunda kenderaan yang menghalang laluan awam.

Katanya, DBKL mengambil langkah penguatkuasaan undang-undang di bawah kesalahan Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Kaedah-Kaedah Lalulintas Jalan 1959.

"Mana-mana individu melakukan kesalahan ini boleh dikenakan denda tidak melebihi RM300.

Artikel Berkaitan:

"Warga kota dinasihat lebih bersikap prihatin, mematuhi peraturan yang telah ditetapkan semasa menggunakan tempat awam bagi memastikan lalu lintas berada dalam keadaan lancar dan baik," katanya.

Sebuah kereta mewah ditunda oleh pegawai penguatkuasa DBKL kerana menghalang lalu intas.
Sebuah kereta mewah ditunda oleh pegawai penguatkuasa DBKL kerana menghalang lalu intas.

Katanya, tindakan penguatkuasaan yang dilakukan secara rutin itu bertujuan memupuk kesedaran awam mengenai parkir di tempat betul.

"Ia selaras dengan hasrat menjadikan Kuala Lumpur sebagai bandaraya contoh dari segi pematuhan undang-undang jalan raya," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!