Pemuda UMNO sambut baik pindaan had umur

Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki
Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki
A
A
A

KUALA LUMPUR - Pemuda UMNO menyambut baik kelulusan Rang Undang-undang Perlembagaan (Pindaan) 2019 bagi menurunkan had umur mengundi kepada 18 tahun, pendaftaran pengundi automatik pada usia 18 tahun dan menurunkan umur calon bertanding pilihan raya kepada 18 tahun.

Ketuanya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, segala perubahan dan pindaan berkaitan had umur ini adalah satu langkah konstrukrif.

"Ia juga seiring dengan perubahan landskap dan demografi di peringkat global untuk memaksimumkan partisipasi orang muda dalam sistem pemerintahan dan demokrasi negara," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut beliau, Pemuda UMNO juga akan menggandakan usaha mendekati anak muda dari semua peringkat dan latar belakang.

"Bagi tujuan tersebut dan selari dengan misi 'Bangkit Kembali' Pemuda UMNO, kita akan memperkasakan kembali cabang remaja Pemuda yang akan memfokuskan anak-anak muda di peringkat umur 15 tahun ke atas.

"Pemuda UMNO juga menyambut baik usaha untuk melakukan pindaan perlembagaan parti dengan menurunkan had umur ahli kepada 16 tahun yang akan disegerakan prosesnya menjelang Perhimpunan Agung Khas yang dijangka diadakan pada November ini," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Malaysia lakar sejarah, RUU undi 18 tahun lulus

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!