Jangan keluar kenyataan, andaian berhubung siasatan video

Menteri Besar Selangor Amirudin Shari (depan, tengah) bersama Yang Dipertua Majlis Perbandaran Klang Datuk Yasid Bidin ketika melawat ke tapak pameran pada Program Wacana Perbandaran Rendah Karbon Ke Arah Bandar Pintar (Smart City) Negeri Selangor 2019 di sebuah hotel di Klang hari ini. - Foto BERNAMA

A
A
A

KLANG - Semua pihak perlu berhenti mengeluarkan kenyataan bersifat spekulasi dan memberi ruang kepada polis melakukan siasatan sepenuhnya berhubung kes penyebaran video seks yang dikaitkan dengan seorang menteri.

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Selangor, Amirudin Shari berkata, tindakan sesetengah pihak yang membuat pelbagai andaian antaranya sama ada video berkenaan tulen atau tidak adalah tidak sama sekali membantu menangani politik fitnah dan jijik.

"Jangan nak kalau-kalau lah, jika siasatan polis dapati ia (video) benar, maka ambillah tindakan, sementara itu kita beri ruang kepada polis untuk lakukan siasatan.

ARTIKEL BERKAITAN: Video intim: Tun M yakin wujud komplot jatuhkan Azmin

"Kita jangan buat asumsi-asumsi tulen atau tidak tulen, ia tidak membantu sama sekali dalam kita menangani politik jijik ini," katanya ketika diminta mengulas kenyataan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dilaporkan mahu menteri yang didakwa terlibat dalam video itu meletakkan jawatan jika ia terbukti tulen.

Amirudin bercakap pada sidang akhbar selepas menyempurnakan Wacana Perbandaran Rendah Karbon Ke Arah Bandar Pintar peringkat Selangor dan Pelancaran Green Earth Smart System di sini hari ini. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!