Anwar ada hak suruh Azmin letak jawatan

Kemesraan antara Anwar dan Mohamed Azmin ketika Kongres PKR ke-13 di IDCC pada November 2018 lalu. - Foto SHARIFUDIN ABDUL RAHIM
Kemesraan antara Anwar dan Mohamed Azmin ketika Kongres PKR ke-13 di IDCC pada November 2018 lalu. - Foto SHARIFUDIN ABDUL RAHIM
A
A
A

SHAH ALAM - Penasihat Media dan Komunikasi Perdana Menteri, Datuk A Kadir Jasin memberitahu Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempunyai hak untuk membuat kenyataan agar Timbalan Presidennya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali meletak jawatan.

Saranan tersebut adalah susulan penyebaran video intim sejenis yang tular dan dikaitkan dengan menteri kanan kabinet itu baru-baru ini.

Beliau berkata, Anwar sebagai ketua parti boleh menyuarakan pandangannya kerana itu adalah perkara yang sepatutnya dilakukan oleh seorang pemimpin.

"Apabila orang buat pendapat umum, Anwar perlu ambil tindakan.

"Beliau perlu nyatakan pendiriannya sebagai ketua parti,"katanya kepada pemberita selepas Diskusi Buku bertajuk 'Anwar PM ke-8' di Vista Alam, Seksyen 14, di sini, hari ini.

Terdahulu, Anwar dalam satu sidang akhbar di lobi parlimen hari ini memberitahu sekiranya video intim itu sahih, Mohamed Azmin perlu meletakkan jawatan.

Bagaimanapun, Anwar berkata, cadangan melepaskan jawatan Mohamed Azmin itu bergantung kepada prosedur siasatan kes video intim tersebut.

“Pandangan awal saya, dia (Azmin) tak perlu letak jawatan. Tapi (sekarang) bergantung kepada penyiasatan.

Artikel Berkaitan:

“Kalau konklusif, dalam erti kata (dia merupakan) pelaku dalam adegan itu, sudah tentu dia kena letak jawatan,” katanya pada sidang media di lobi Parlimen, hari ini.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!