Penyelam berenang bersama obor-obor gergasi
FALMOUTH - Seorang penyelam berasa teruja apabila berkesempatan melihat obor-obor gergasi ketika menyelam di pantai England.
The Guardian melaporkan, Lizzie Daly yang juga seorang ahli biologi berpeluang melihat spesies obor-obor terbesar, 'Barrel jellyfish' ketika menyelam berhampiran Falmouth.
Daly sedang menjelajah perairan Britain bersama ahli sinematografik hidupan liar, Dan Abbott, susulan kempen mengumpul dana 'Wild Ocean Week' apabila dia berdepan momen yang mengujakan itu.
"Menyelam bersama Barrel jellyfish!, tiada cara lebih baik menyambut penghujung #WildOceanWeek,” kata Daly yang berkongsi gambar obor-obor gergasi itu di laman Instagram.
Daly turut berkongsi video pengalaman manisnya itu di akaun Facebook.
Menurut laporan CNN, 'Barrel jellyfish' ialah spesies obor-obor terbesar di perairan Britain, namun adalah amat jarang untuk menemukan saiz yang besar sepertimana dilihat Daly. - Agensi
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!