Istana Kelantan ‘lawan’ khabar angin media sosial

Paparan Instagram dengan nama Rihana Petra.
Paparan Instagram dengan nama Rihana Petra.
A
A
A

INSTITUSI diraja sejak sekian lama sering menjadi tumpuan lensa media dan tarikan kepada rakyat.

Baik di England, Brunei, Thailand dan tidak terkecuali juga di Malaysia.

Awal Januari lalu, Merak Jalanan pernah menulis betapa bahayanya khabar-khabar angin kepada sistem monarki negara.

Ketika itu media luar negara ghairah melaporkan mengenai perkahwinan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V dengan seorang Ratu Cantik Moscow sehingga menyebabkan rakyat jelata mula bercerita.

Dalam ledakan teknologi media sosial, dengan maklumat hanya di hujung jari, perbincangan dalam media sosial menjadi semakin besar.

Apatah lagi, selama berbulan-bulan kegusaran rakyat tidak disertai dengan sebarang kenyataan rasmi untuk menjernihkan suasana.

Sehinggalah satu akaun Instagram dengan nama Rihana Petra mengambil ‘peranan’ itu.

Instagram yang bercerita mengenai kisah cinta dan kehidupannya cepat menarik perhatian ramai.

Artikel Berkaitan:

Dengan hanya 14 keping foto, Instagram tersebut sudah mempunyai lebih 367,000 pengikut.

Namun apabila hantaran di Instagram itu semakin berani mengeluarkan pelbagai dakwaan sehingga mendakwa anaknya bakal bergelar Tengku Mahkota, akhirnya Istana Kelantan mula murka.

Pada Subuh Selasa lalu, Istana Kelantan tidak lagi memberi muka dan hanya berdiam apabila akhirnya memecah kebisuan selama lebih lapan bulan.

Istana Kelantan menegaskan bahawa tiada individu boleh digelar Permaisuri Kelantan dan lebih penting menjawab mengenai siapa Tengku Mahkota Kelantan yang sah.

Kenyataan rasmi Istana Kelantan itu walaupun tidak disampai secara terus, tetapi mesej tersiratnya cukup jelas untuk menjawab mengenai kedudukan sebenar Ratu Cantik dari Rusia, anaknya serta berita wanita itu dicerai talak tiga.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!