Perarakan serah memorandum alam sekitar di Parlimen hari ini
KUALA LUMPUR - Satu perarakan ke arah menjadikan alam sekitar yang lebih baik di adakan pagi ini.
Perarakan dianjurkan Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam (Peka) bagi menyerahkan memorandum cadangan pindaan kepada Perlembagaan Persekutuan dan Akta Perhutanan Negara 1984 (Akta 313).
Para peserta berkumpul seawal jam 8 pagi berkumpul di Padang Merbok, sebentar tadi.
IKUTI LANGSUNG DI SINAR HARIAN
9 pagi - Para peserta berkumpul di Padang Merbok, bagi mendengar taklimat sebelum berarak menuju ke Parlimen.
9.44 pagi - Peserta perarakan mula berarak ke bangunan Parlimen.
9.55 pagi - Para peserta turut membawa sepanduk mempertahankan alam sekitar.
10.30 pagi - Pengerusi Peka, Puan Seri Sharifa Sabrina Syed Akil menyerahkan memorandum kepada Timbalan Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Tengku Zulpuri Shah Raja Puji di luar Parlimen hari ini.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!