Tedung senduk paling besar ditangkap APM
PADANG TERAP - Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Padang Terap berjaya menangkap seekor ular tedung senduk paling besar dalam sejarah pasukan mereka di Kampung Permatang Limau.
Ketua Operasi, Sarjan (PA) Mohd Rodzi berkata, pusat kawalan operasi menerima panggilan kecemasan pada jam 2.40 petang.
Katanya, pihaknya bergegas ke lokasi penemuan ular berbisa itu berdekatan saliran air sawah padi.
"Orang awam yang menemui ular berkenaan mahu memancing di kawasan itu namun terjumpa reptilia berkenaan," katanya.
Menurut Mohd, ular berkenaan berada di dalam lubang dan mereka mengambil masa kira-kira 10 minit untuk menangkap ular tersebut.
"Panjang ular berkenaan dianggarkan dua meter dengan berat 10kg," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!