Mayat tangan berikat ditemukan di PPR Jalan Peel
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim, berkata, mayat yang juga terdapat tali pada leher itu ditemui orang awam yang kebetulan melalui kawasan tersebut kira-kira jam 11.15 pagi.
"Mangsa dianggarkan berusia lingkungan 40-an itu itu berseluar panjang dan memakai baju t-shirt hitam terbaring di dalam longkang.
"Berdasarkan keadaan mayat mangsa, dia dipercayai mati dalam tempoh anggaran sejak empat hingga lima hari lalu namun pihak polis masih menjalankan siasatan sama ada mangsa dibunuh di lokasi itu atau lain ,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Menurutnya, identiti mayat masih belum dikenal pasti dan tiada sebarang dokumen ditemui pada badan atau berhampirannya setakat ini.
"Mayat dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat kes yang disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. "Orang ramai yang mempunyai maklumat atau kehilangan ahli keluarga atau kenalan boleh hubungi balai polis Wangsa Maju untuk bantu siasatan,” katanya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!