Jangan cuba tegakkan benang yang basah

Rahimah
Rahimah
A
A
A

MACHANG - Tindakan Presiden Amanah, Mohamad Sabu menafikan konflik dalam PH sebagaimana diperkatakan ramai seolah-olah cuba menegakkan benang yang basah.

Ketua Wanita Umno Kelantan, Datin Rahimah Mahamad berkata, bukan hanya mengeluarkan kenyataan tetapi penafian juga menjadi amalan biasa dalam politik sekalipun perkara yang disangkal itu dapat dilihat dengan jelas.

Katanya, konflik dalam PH bukan perkara baharu malah dilihat berterusan sekalipun pelbagai penafian mengenainya dibuat oleh pemimpin-pemimpin parti itu.

Tambahnya, adalah mustahil Nurul Izzah Anwar mengumumkan peletakan jawatan sebagai Naib Presiden PKR serta mengundurkan diri daripada pelantikannya sebagai Pengerusi PKR Pulau Pinang jika tiada pergolakan dalam PH.

"Rakyat lebih bijak dan mampu menilai sendiri sesuatu isu sekalipun penafian demi penafian dilakukan bagi mengaburi mata mereka.

"Pelbagai isu dalaman PH dapat dilihat dengan jelas dan mereka seolah-olah cuba bermain wayang dengan rakyat.

"Memang mengeluarkan kenyataan itu adalah perkara biasa dalam politik tetapi sindrom penafian juga menjadi amalan orang politik sejak berdekad lamanya," katanya kepada Sinar Harian ketika ditanya mengenai penafian Mohamad mengenai konflik dalaman PH.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!