Kepala kucing tersepit botol plastik
KUALA LUMPUR - Anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bandar Tun Hussein Onn berjaya menyelamatkan seekor kucing selepas kepalanya tersangkut pada botol plastik dalam kejadian di Jalan Putra 7, Bandar Mahkota Cheras hari ini.
Ketua BBP Bandar Tun Hussein Onn, Mohamad Akmal Mohamad Khairi berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu sekitar jam 11.43 pagi dan bergegas ke lokasi berkenaan yang terletak hanya kira-kira lima kilometer dari balai terbabit.
Menurutnya, sejurus tiba, pihaknya mendapati kepala kucing itu tersangkut pada botol plastik di dalam longkang berhampiran kawasan tersebut.
"Anggota kemudiannya mengambil tindakan segera untuk menyelamatkan kucing terbabit sebelum diserahkan semula kepada pemiliknya selepas operasi menyelamat selesai," katanya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!